promote sikit

Pages

selamat datang ke BlOg ~andai itu takdirNya~ tq k

c.o.n.s.u.l.t.a.n.t

Showing posts with label jiwea2. Show all posts
Showing posts with label jiwea2. Show all posts

24 January 2012

seringkali tersungkur mengajar kita.. .

Seringkali keraguan menyebabkan kita tersungkur sedangkan pada mulanya kita begitu yakin dengan jalan yang kita pilih.. Langkah kita tiba menjadi lemah, semangat menurun lantaran kabus keraguan mula menutupi awan pemikiran kita sehingga matlamat kita yang tadinya jelas, sekarang mula kabur dan kita mula kehilangan kata kata~ ..
knape smua ini sering dtg menghantui setiap detik hidup?? kenapea setiap kali kitea hendak cuba untuk terus menikmati kegembiraan dan kesenagan sering dtg perkara ini??  munkin sudah tertulis jauh di ats kish hidup aku seorng insan yg sering menerima kesakitan tanpa pernah henti.. .mungkin inilah i aku dalam hidup, yg mmbuatkan aku jadi merasea pahit,manis dan segala.. .
tapi dgn kehadiran semua kisah seakan ini menjadikan hidup aku makin bercorak dan berwarna.. .walaupun saat tersungkur sering menghantui aku,tapi itulah yg mematangkan hati serta dri aku.. .seperit manea pon hidup yang kita lalui sekuat itulah sebenarnyea dri kitea sebahagi insan yg sering tersungkur.. .


21 October 2011

harapan kepadaNya


Ya Allah, 
sesungguhnya banyak yang aku harapkan dalam hidup ini, 
banyak yang aku citakan dalam hidup ini..
aku mohon pada-Mu; Ya Allah, 
janganlah Engkau lalaikan aku dengan segala kenikmatan dunia
janganlah Engkau jadikan kenikmatan dunia ini sebagai istidraj bagi diriku, 
Engkau jadikanlah segala yang aku harapkan didunia ini ; 
ilmu yg bermanfaat,usia yang berkat, dan cinta insan yang beriman 
sebagai kekuatan bagiku bertatih menuju redha-Mu, 
menuju syurgaMu.. .
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui....

~amin~

19 October 2011

sharing2 pengalaman skit jea~~




kali ni kan hunny nak share skit la bdsarkan pngalaman hunny , hunny buat untuk keadaan di mana apabila  putus cinta, dan tiada tanda-tanda si dia akan kembali kepada kitea. Mungkin si dia sudah ada orang lain ataupun si dia memang tidak mahukan korng lagi. Jika korng yang memutuskan hubungan, mungkin tidak separah dengan orang yang menerima keadaan 'diputuskan'.
Si dia sudah tidak kembali kepada korng..korng kecewa.. Jadi apa yang perlu anda lakukan/pikir/bertindak.?

Jadi kali ini hunny bawakan beberapa point dari pengalaman dan pandangan hunny sendiri. Jika korng adea pendapat lain, boleh bagitahu di ruangan komen untuk kita bertukar pendapat.

Berikut point² yang hunny suggstkan:.

1. Simpan gambar sidia

Mungkin bagi korng idea ini seperti 'idea gilea' kerana akan membangkitkan perasaan rindu. tapi pikirkan seperti ini. Jika hari ini anda bersamanya, selepas ini anda tidak lagi berpeluang untuk menatap/bercakap/berbual dgnnyea. apa akan terjadi jika korng terasa begitu memerlukan si dia sedangkan si dia sudahpun bersama orang lain.?mesti korng Tengok gambar. Itu dapat mengurangkan sedikit kepedihan yang tersarang di hati korng kan??. Tidak perlu la korng nak nengoknyea  tiap² hari, just simpan buat sementara sehingga luka di hati perlahan-lahan sembuh. Nanti ada masea korng rasa korng sudah agak ok, dan tidak perlu nak tngok lg gambar kerana ingatan korng pada si dia sudah makin pudar, pada masa itu anda boleh buang atau delete gambar yang ada dalam pc korng tuh( ni sllunyea gurl la yg rsea mcm tuh,tp xtau la lelaki camnea lak)


2. Jangan dengar or nyanyi lagu jiwang
kalau bercinta, perasaan gembira dan bahagia korng anda lalui. korng boleh mendengar/karaoke lagu² yang best². Tetapi jika korng putus cinta, sebolehnya elakkan daripada mendengar, apatah lagi menyanyi lagi yang berkaitan putus cintatp mungkin adeantra korng yg anggap ni jea crea na meluahkan kepedihan dalam diri korng, tapi sebenarnya apa yang korng dengar/nyanyi akan membangkitkan rasa rindu kepada orang yang tiada di sisi. Dan percaya atau tidak, jika sebelum putus cinta korng tidak begitu kisah dengan lirik lagu, tetapi apabila putus cinta korng begitu mengambil berat dengan lirik lagu., ,btol tak??


3. Cari kawan 
 Cari kawan, bukan mencari pengganti dirinya. korng boleh cari pengganti si dia jika hubungan korng sudah lama terputus, tetapi jika hubungan anda baru sahaja terputus, cari kawan berlainan jantina untuk meluahkan apa yang korng rasa. Kerana meluahkan perasaan adalah berbeza antara sama jantina dengan berbeza jantinatapi kebnyakkanyea sllu buat silap mereka menerima org lain terlalu awl slpas hbungan lma terputus.. . cepat menjalin hubungan selepas putus cinta, bukan menunjukkankorng tu bgos tetapi lebih kepada keputusan yang tergesa² untuk mengisi kekosongan di hati korng nnt jgn smua yg pnah korng rsea nih jd lagi sudah la ea.. .. kitea bleyh tersilap pilihan jika pilihan yang korng buat adalah berdasarkan emosi, . .


4.set dlm fkiran n hati dyea bkn tuk korng lagi

dia curang, anda baik. Secara logiknya la kan adakah dyea tu  btol layak n mmg tercipta utk korng?.?. Tak kan?/
Peluang dlm hdup boleh diberi, setiap orang layak di beri peluang termasuk diri korng sndri.tapi klau pasangan korng tue dh curang, contohnya hingga melakukan hubungan seks dengan orang lain. Adakah anda pikir dia layak untuk anda.?



bukan ape jika seseorang pernah curang, pasangan yang akan bersamanya akan mengingati apa yang telah dilakukan olehnya sehingga akhir hayatnya. Lagi² kalau curang hingga melibatkan hubungan badan. Jadi pikir, jika dia dari awal² lagi sudah begitu, adakah korng nak yg begitu?.?


5.ingat KITEA ade khidupan

ini hdup korng. jgn terlalu mmikirkan selamanya korng akn sernok,bkn ape hdup nih ade msea kitea d bwah dan ade msea kitea di ats.dan sekarang bilea dah mcm ni adalah masa korng untuk berada di bawah.

korng pikir keadaan korng teruk? Ada lagi yang lebih teruk daripada apa yang korng hadapai, putus cinta. sedngkan org yg dah berkahwin pon bleyh bercerai klau korng stakat bcintea yg blom pasti dyea mlik kitea xusah terllu mmikirkan bkn brmaksud mlupkan tapi  cbea lpekan la bndea yg mmbuatkan hati kitea nih jd sakit.. .klau btol dyea yg prnah korng cntai tuh dcipta untuk korng dyea xkan kmanea,suatu msea n ktikea nnt dyea akn kmbli kpade korng.. insyallah.. .mungkin ape yg jd nih buatkan korng lbeyh knal dyea n lbeyh matang dlam hbungan.. .

tapi sekarng bnyak yg ptus cnta n  hendak menyesali hidup anda.? jangan!!!.
banyak lagi rintangan dalam hidup yang perlu korng hadapi..
cubea hdapi smua cbaran ni,jkea korng mmpu korng memang tahu untuk kendalikan hidup korng sendiri.

bila korng putus cinta, antara perasaan yang korng akan hadapi adalah korng akan rasa berdendam. Perasaan itu boleh aku katakan 'normal' pada mulanya kerana kita adalah manusia, tetapi jangan terus terbawa-bawa dengan perasaan anda itu.Tak kira lelaki atau perempuan, perasaan dendam dan kecewa akan terbit dikala hubungan terputus. Yang penting bagaimana korng uruskan perasaan dan diri korng. Jangan jadi seperti si dia, yang tidak pandai menghargai korng. one day insyallah korng akn  jumpa seseorang yang akan menghargai korng seperti manakorng pernah menghargai orang lain..iaitu seorng insan yg mmg tlah diciptakan untuk mlengkapkan tulang rusuk setiap lelaki. What goes around, comes around.

biarlah masea yg mnntukan tabah kan hati mnempuhinya.. .

23 September 2011

jarak antara 2 h.a.t.i


hati by gOogLe


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

15 September 2011

erTi hIdup


Kehidupan 
adalah bermula dengan kepercayaan 
kepada rasea dan berani mengambil peluang.. .
kekecewaan dan kembali mencari kegembiraan 
setelah itu menghargai segala kenangan dan pengalaman 
serta kehidupanperlu belajar daripada perkara yang lepas~~

huNNy~~



14 September 2011

kasih,sayang dan cinta

KASIH.. .
Satu pkataan yg mampummbuatkan hati seorng itu berubah,
Adenyea kasih hati akn ceria,perginya kasih membawa luka.. .
Kalau org pernah katea kasih kunci perhubungan,
Ianya tidakbenar kerana
 hanya kasih tanpa saying satu perhubungan hanya sementara.. .
Kerana,
Kasih adalh rasea lahir dri rasea.. .

Bila dicerita tentang kasih sudh tentu ia memerlukan SYG.. .
SAYANG .. .
Kata dan rasea yg sering hadir dlmkamus hidup manusia
Tidk kira ksih padaNya,kasih pada manusia mahupun haiwan.. .
Sayang adalah perasaan yg tulus lahir dri hati tanpa perlu dicipta.. .
Jika benar sayang itu,maka terciptalah satu rasea iaitu CINTA.. .

CINTA.. .
Perkara yg sering membuatkan manusia tewas.. .
Dlm cinta bkan hnya cinta pda mnusia.. .
Cinta kpdaNya adlah lebih mmbwa makna dripd cinta pd seorng manusia.. .
CINTA pada manusia seriing mmbuatkan manusia menyalahkan dirinya sendri
Sedangkan perkara yg terjdi itu sudah ditentukan olehNya
Kerana, bermula cinta yg salah boleh menentukan dan mengingatkan seorng itu
Bhawa cinta yg abadi hanyalah kepadaNya yg esa.. .
Sebagai manusia kita Tidak bole menyalahkan  KASIH,SAYANG dan CINTA yg lahir
Kerana,
Setiap rasea itu menunjukkan seorng itu menghargai ciptaanNya
~~cOretan HUNNy~~

ketika iTu dan keTika iNi

cLocK by gOOgLe


Saat kitea menyayangi seseorang, kita ingin memilikinya untuk keegoaan sendiri.. .Saat kitea menyayangi seseorng juga, kita ingin sekali  membuatnya bahagia dan bukan untuk diri kita sendiri.. Saat kitea mencintai seseorng ,kitea akan melakukan apa pun walaupun terpaksa mengabaikan yg lain sehinggakan ade yg terasea.. .
Kini telah tiada lagi saat seprt itu, kerana org yg kita syg telah pergi meninggalkan kitea seorng diri.. .Dlm bercintea xkan adea yg tdk mnitiskann air mta,Kerana cinta yg tulus tanpa sebarng sandiwara mmpu mmbuatkan seorng insan itu mnangis kesedihan
Tidak kira perkara itu sengaja atau dirancang,sejauh mna pun penah kitea lari Titisan air mta tetap muncul dlm hubungan cintea.. .Cinta yg sering dihiasi air mata adalah cinta yg bnyak dugaan,Mungkin semua itu mmbuatkan mnusia kenal hati budisatu sma lain,
Namun setelah pelbagai yg telah berlaku dn terus terjadi masih ade juga hati Insan yg tidak mmpu untuk mmahami.. .Oleh itu jangan lah kitea insane yg kecewa terus menagis dan mengahrap pada yg sering mmbuatkan hati kita menangis terus.. .Air mata adalah mlambangkan rsea yg xterungkap dan tdk ade gmbran rasea mlainkan seorg itu mmahami kitea.. .
Tp tdk mngapea klau hati terus mndesak untuk mencintainya lagi wlaupon plbgai perkra yg dye lkukan,truskanlah rsea itu selagi rsea itu tdk mlebihi kasih kitea kepadaNya.. .biarlah takdir yg menetukan segalanya dlam hdup,dlu kini atau akn dtg segala rsea ini tetap akn trus disimpan untuknya yg pernah disayangi.. .sekali mencintai tdk mmpu untuk mmbenci wlaupun seperit mna rsea yg diterima.. .
Hanya ungkapan terima kasih atas sayang,masa dan segala yg yg penah diberikan biarlah takdir menetukan kitea.. .

~~cOretan HunNy utk tiGgEr~~

06 September 2011

"DIA" yg UtAMA

Bukan intan permata

Bukan paras rupa

Pandangan Tuhan pada manusia

Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama



Siapa yang berbakti dengan ketabahan

Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira



Didalam menjalani hidup didunia

Tiada lepas dari pancaroba

Kita yang diciptakan dengan kelemahan

Perlukan petunjuk panduan Tuhan



Tiada yang kuasa melainkan Dia

Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran


Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu 
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya

23 August 2011

antara yg BerLalu dan SedaNg meNanTi

menuggu cinta yang berlalu.. .
 Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.
Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.
Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.
Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.
Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita.
Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian.

setia menuggu yg ditakdirkan dariNya

03 August 2011

menemukan kita supaya...........

garisan By gOogLe
Ketahuilah bahawa…


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.


Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



"kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri"

19 July 2011

takdirnya

                 à®œ♥(¯`•.¸áƒ¦ BICARA HATI ღ¸.•´¯)♥ஜ♥



Kita tak akan pernah bertemu dengan orang yang SALAH kerana 
Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita. 
Setiap takdir itu merupakan satu KETETAPAN Allah buat kita. 
Merupakan sesuatu yang TERBAIK buat kita. 
Dan setiap manusia yang kita temui itu tentu memberi MAKNA sesuatu pada kita




 ♥.¸¸.•´¯`•BELAJARLAH SESUATU MELALUI KEHIDUPAN•´¯`•.¸¸♥

 jgn pernah mengalah dengan cabarn hidup
jgn pernah menyesal dengan pengalaman hidup
jgn pernah membenci kedatangannya dalam hidup
jgn pernah menyesali segala ketentuanNya
jgn SESEKALI melawan takdirNya yang membuat diri
manusia selalu teruji kerana setiap takdir dan hakikat 
adalah sudah tertulis,.. .

jgalah hati agar tidak mengikut akan rasa,
kerana rsa membinasakn segalanya.. .

♪ღ♪•*´¨`*•.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸♪ღ♪•*´¨*•.¸

03 June 2011

accept n THINK!!!


"Allah memberi kita hujan 
supaya kita dapat melihat pelangi"

"Allah memberi kita angin 
untuk kita merasa dingin'

"Allah memberi kita matahari
untuk memcerahkan pandangan di siang hari"

"Allah juga memberi kita BANYAK insan 
untuk kita MENILAI baik & buruk untuk kita pilih"

"Allah selalu menguji kita sama ada kita
sabar atau tidak dengan "INSAN" yang diberi"

"jika kita terima segalanya
sesukar man pon hidup
kita pasti temui kesengan 
kerana kita menerima hakikat hidup kita dengan 
redha tanpa sebarang keluhan 
sekaligus kita memberi kesengan di hatinya"

"kdg2 ramai yang tidak sedar
KEHADIRAN & PEMERGIAN
adalah ujian Allah kepada insanNYA"

terima &redha lah dengan hati yang terbuka 
segala perkara yang terjadi
kerana dengan itu segalanya 
akan tenang_____

jadikan perkara lepas sebagai 
titik permulaan untuk kita mengharungi
hidup masa hadapan
terima lah insan dan perkara yang
ada di hadapan
jangan pernah ungkap perkara lepas
kerana perkara LEPAS adalah 
RACUN hidup manusia-------->>







30 May 2011

mana PENTING???




KAWAN vs. CINTA...


ok, mana lagi penting??? oops! soalan ni xbley di tanyea.. sgt sensentip okeyh!!!


tp bg hunny, dua2 pon SANGAT PENTING!!!!

CINTA itu masa depan... (utk org2 lom kawen la)

KAWAN? masa dulu, sekarang & akan datang kan?

kitea kenea pndai balancekan kedua-dua ni..

klu x, CINTA kecik hati... ni plg kitea takut kan... nnt xdea  CINTA, x bertaman lak hati...

KAWAN plak? mmg akan kecik hati... tp KAWAN akan cubea memahami...

cumea, jgn la hanya cari KAWAN bilea CINTA tengah berkecil hati...

KAWAN & CINTA patut saling memahami...

adea masea kitea perlu dahulukan CINTA.... adea masea kita perlu menghargai KAWAN....

CINTA xkan datang tanpea KAWAN....

CINTA patut mengenali KAWAN... KAWAN akan setia menanti untuk mengenali CINTA...

never hurt a LOVE that LOVES...

and...

never abandon your precious FRIENDS!

26 May 2011

LELAKI cakap WANITA dengar_____

lelaki n wanita
Lelaki dan wanita dua insan yang saling memerlukan. Namun perbezaan ketara di antara makhluk berdua ini ialah lelaki bercakap hanya perkara yang ringkas tetapi wanita pula lebih meleret-leret sehinggakan ada kalanya timbul masalah dalam sesuatu hubungan. Berikut bebrapa perkara yang lelaki cakap tetapi sering disalah erikan oleh kaum wanita :-
LELAKI CAKAP :
” Saya ingin keluar dengan kawan-kawan.. ”
APA YANG WANITA FAHAM :
Kalau berjumpa kawan-kawan mesti lelaki akan memperbualkan hubungan anda yang semakin mesra dan saling menyayangi.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Bila keluar bersama kawan-kawan, wanita biasanya akan berbincang pasal teman lelaki masing-masing. Mereka akan bercerita akan kelebihan teman lelaki dan apa juga hal yang berkaitan dengan mereka. Pada hal lelaki sebenarnya tidak akan menyentuh langsung akan hal ini bila keluar dengan kawan-kawan mereka kerana hal ini dianggap remeh temeh kerana lelaki lebih suka bercerita tentang bola sepak, teknologi terkini dan sebagainya.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Bila anda ingin keluar dengan kawan-kawa, beritahu terus terang dengan pasangan, siapa kawan anda, bagaimana sikap mereka dan kalu boleh beritahu dengan lebih terperinci supaya wanita fahan dan tahu yang anda sebenarnya tidak akan bercakap hal mereka sebenarnya.
LELAKI CAKAP :
” Dia hanya kawab biasa..”
APA YANG WANITA FAHAM :
Kawa niasa atau kawan luar biasa yang boleh dibawa ke ranjang.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Ramai wanita tidak mempercayai lelaki apatah lagi bila lelaki keluar berdua-duaan dengan wanita lain tanpa kehadiran kekasih. Ini kerana lelaki biasanya jenisyang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan seorang wanita.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Apabila anda hendak keluar bersama kawan-kawan perempuan yang lain tanpa kehadiran kekasih, pastikan anda memberitahu pasangan dengan jelas dan terang, dengan siapa anda keluar, namanya apa, tinggal di mana, bagaimana hubungan anda berdua dan sebagainya agar kekasih tidak terasa dirinya ditinggalkan atau diabaikan.
LELAKI CAKAP :
“Senyuman anda cukup menawan hati (atau memuji apa saja berkaitan bentuk tubuh kekasihnya)”
APA YANG WANITA FAHAM :
Tentu lelaki sudah melakukan kesalahan dan sebab itulah beria-ia memuji.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Lelaki terutama yang bukan jenis romantis, biasanya sangat jarang memuji teman wanitanya mahupun juga isteri. Namun apabila lelaki tiba-tiba memuji, seolah-olah ada sesuatu yang lelaki kehendaki atau telah melakukan kesalahan yang menuntut permohonan maaf daripada pasangannya. Justeru itu bila lelaki mula memuji, tentua ada yang tidak kena.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Tidak dinafikan, lelaki memang sudah dilahirkan sebagai makhluk yang menggunakan akal fikiran tatkala mengeluarkan bicara. Mereka hanya akan bercakap perkara yang perlu atau penting sahaja dan tidak akan meleret-leret malah ada sesetegah lelaki juga yang tidak romantis dan tidak suka cakap benda yang meleret-leret. Justeru itu, niat anda ingin memuji pasangan tidak salah, kalau boleh lakukanlah selalu agar pasanganatau teman wanita anda tidak beranggapan yang anda memuji mereka ketika berkehendakkan sesuatu sahaja. Pamerkan keikhlasan hati tatkala memuji dan barulah pasangan rasa dihargai.
LELAKI CAKAP :
“Masakan yang anda masak mengingatkan saya kepada mak…”
APA YANG WANITA DENGAR :
Anda mahu membandingkan saya dan mak awak sebenarnya.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Kadangkala wanita rasa terdesak apabila lelaki atau suami sering memuji masakan emak mereka dan tidak pada masakan yang anda masak. Memang sifat semulajadi wanita yang sering suka membanding-bandingkan, siapa yang paling cantik, paling kurus, paling menawan dan sebagainya dan semua ini dianggap sebagai satu perlawanan yang harus dimenangi.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sifat semulajadi wanita yang tidak suka dibandingkan dengan sesiapa hatta ibu mertua atau sebagainya. Justeru itu, apabila anda ingin memuji pasangan, beritahu bahawa masakan yang dimasaknya sangat enak malah melebihi keenakan yang dimasak oleh emaknya sendiri.
LELAKI CAKAP :
“Sekadar menelefon dan mahu bertanya khabar…”
APA YANG WANITA DENGAR :
Apa bukannya mahu bertanya khabar sebaliknya mengesyaki mereka sesuatu.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Sama seperti wanita yang memiliki sifat cemburu agak keterlaluan, wanita juga berfikiran sama apabila seseorang lelaki menelefon dan bertanyakan khabar walaupun anda baru saja bertemu sebentar tadi.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sebelum menelefon bertanyakan khabar atau sekadar bertanya “hai” pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk menelefon pasangan agar mereka tidak curiga tujuan anda menghubunginya. Kalau boleh mesti ada cerita dan jangan sekadar mahu berbual kosong sahaja.

22 April 2011

wanita dan cinta

neyh serba sdikit tentang rsea wanita.. .>
(mmbe punyea) 




1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

27. Senjata wanita adalah airmata!! 

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu 
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



30 March 2011

A B C in words


(A)ccept you as you are,,,

(B)elieves in "you",,,

(C)alls you just to say "HI",,,

(D)oesn't give up on you,,,

(E)nvision the whole of you (even the unfinished part),,,

(F)orgives your mistakes,,,

(G)ives unconditionally,,,

(H)elps you,,,

(I)nvites you over,,,

(J)ust "be"  with you,,,

(K)eeps you close at heart,,,

(L)oves you for who you are,,,

(M)akes a difference in your life,,,

(N)ever judges,,,

(O)ffers supports,,,

(P)icks you up,,,

(Q)uiets your fears,,,

(R)aises your spirits,,,

(S)ays nice things about you,,,

(T)ells you the truth when you need to hear it,,,

(U)nderstand you,,,

(V)alues you,,,

(W)alks besides you,,,

(X)plains thing that you don't understand,,,

(Y)ells when you won't listen and

(Z)aps you back to reality..............


by::Bill Greer
segale yg tercatat adalah coretan andaiItutakdirNya