promote sikit

Pages

selamat datang ke BlOg ~andai itu takdirNya~ tq k

c.o.n.s.u.l.t.a.n.t

Showing posts with label coretan hati. Show all posts
Showing posts with label coretan hati. Show all posts

25 March 2015

kalau tidak mampu


Kalau tidak mampu mencinta , 
jangan pernah sentuh hati seseorang..
Kalau tidak mampu setia , 
jangan pernah mengukir janji..
Kalau tidak mampu menggenggam hubungan ,
jangan pernah beri pengharapan..

Kerana hati manusia itu ,
Terlalu bernilai untuk disakiti ,
Terlalu mahal untuk disia-siakan ,
Dan terlalu berharga untuk dihancurkan.


KESAT air mata itu.. Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, 
Sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI.. 
Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu.. 
BERSABARLAH, berhenti menangis, BERHENTI berharap pada yang tidak pasti.. 
YAKIN dengan JANJI ALLAH.. 
Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik 
dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK.

23 January 2014

pasang surut kehidupan



sbg manusia kita tidak terlepas dari dugaan dlm mencapai kebahagiaan..
dugaan dlm berkasih-sayang,dugaan dlm mencari haluan hidup,
dugaan dlm memperolehi harta yg halal dtg silih-berganti sbg pelengkap lakonan kita di atas muka bumi ini..
lakonan seorang manusia akn menjadi hipokrit seandainya hati dilitupi dgn
ego yg dikuasai syaitan dan diiringi dgn hati yg kotor..
perkara yg tidak diundang & tidak diduga yg acapkali berlaku dlm titian kehidupan..

benar,jodoh ketentuanNya..sayang & kasih jua ketentuanNya..hati tidak bersalah,
mata juga masih celik menerima sesuatu dengan positif..cuma kita kadangkala meragui keikhlasan di hati..
jika dia ditakdirkan utk kita buat selamanya,maka dia akan tetap bersama di saat sukar & senang..

dia akan berusaha berada di sisi kita walaupun ada tentangan yg menghalang..indahnya sebuah keikhlasan hati andai benar-benar wujud & bukannya mimpi,
indahnya taman cinta & indahnya warna-warni sebuah pertemuan & ketentuan jodoh...
kadangkala ada insan yg mampu mencintai & menyayangi diri kita, kita tidak sedar kerna dia tidak mampu meluahkan perasaan itu & takut kita terus menghilangkan diri dari pandangan.. .namun, kita akan sedar sayangnya yg ikhlas setelah diri dia secara perlahan-lahan meninggalkan kita & akhirnya hilang terus dr pandangan. ..di kala dia hilang, hanya doa & takdir yg dpt menyatukan semula pertemuan itu..andai peluang kedua diberikan, hargailah sebelum segala-galanya terlewat. ..

01 May 2012

terima kasih pemadam


suatu masa, terdapat pensel dan pemadam yg sering membantu pensel dalam setiap perilaku pensel, pemadam tanpa jemu terus bersama dengan pemadam, suatu hari si  pensel berkata kepada pemadam yg setia bersamanya

PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...>_<

p/s: "awk" macam sikap pemadam ni lah,"awk" selalu ade dgn sayea utk membetulkan kesilapan sayea walaupon kesilapan yg sayea lakukan itu tidak masuk akal,"awak" tetap sabar dengan kerenah sayea yg sering silap dalam langkah.. . terima kasih "pemadam" kerana sudi menjadi peneman sayea.. .

 

23 March 2012

akuhanyainginkankautakdirku



by incik gOogLe





Ku tidak pernah meminta mu
 
Untuk mengasihi ku
Dan apatah lagi mengasihani ku
Juga tidak sama sekali

Kusedar sebenarnya kita tiada pertalian

Cuma satu arah serta satu tujuan
Mencari keberkatan-Nya


Aku terkenangkan

Saat manis dulu
Tak pernah kau meninggi suara
Bila bertanya

Keras hanyalah luaranku

Lembut tetap di dalam hati
Marah habis setakat itu
Tak kubiar berpanjangan

Biar aku berdiam diri

Dengan hati yang remuk redam
Kau tak usah lagi bertanya
Tak ku bersuara
 

Aku masih mampu tersenyum
Walau hati terluka
Mungkin hari ini duka untuk aku
Esok belum tentu.. .

~andaiitutakdirNyaakuhanyainginkantakdirku~

05 December 2011

mengapea wanita sering menangis???



Ya اَللّهُ,
mengapa WANITA SERING MENANGIS ?
Jawabnyea : keranea .. WANITA ITU UNIK .
AKU CIPTAKAN IA SEBAGAI MAKHLUK ISTIMEWA .
AKU KUATKAN BAHUNYA UNTUK MENJAGA ANAK - ANAKNYA . AKU LEMBUTKAN HATINYA UNTUK MEMBERI RASA AMAN .
AKU KUATKAN RAHIMNYA UNTUK MENYIMPAN BENIH MANUSIA .
AKU TEGUHKAN PERIBADINYA UNTUK TERUS BERJUANG SAAT YANG LAIN MENYERAH AKU BERIKANNYA NALURI UNTUK MENCINTAI ANAK - ANAKNYA DALAM KEADAAN APAPUN .
AKU KUATKAN BATINNYA UNTUK TETAP MENYAYANGI WALAUPUN DIKHIANATI OLEH TEMAN SERTA DI SAKITI OLEH " ORANG " YANG TERSAYANG .
WANITA MAKHLUK KUAT !
tetapi,
JIKA SATU SAAT DyeA MENANGIS,
itu kerana AKU BERI DYEA AIR MATEA UNTUKMEMBASUH LUKA BATIN dan MEMBERI KEKUATAN BARU UNTUKNYA.

“ WANITA itu, ISTIMEWA ”

02 December 2011

dicipta tanpa hati & dicipta dengan hatI??




MATAHARI..

Dicipta tanpa hati.. tapi setia pada siangnya...
BULAN..
Dicipta tanpa hati tapi setia pada malamnya..
TAPI...KENAPA MANUSIA YANG
DICIPTAKAN DENGAN HATI..
Tapi masih tak setia pada HATI yang satu..

30 November 2011

air mata dan ketentuanNya


Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. .
Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, 
ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian 
dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya.. .
Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya
keranea senang dengan keluhan (air mata) nya
‎"Jika sesuatu itu milik kita, sesulit apa pun jalannya.. .
pasti akan menjadi milik kita, kerana memang ianya untuk kitea.. .
tetapi, jikea sesuatu itu bukan milik kitea, walaupun mudah jalannya.. .
walau bersusah payah kitea ingin mendapatkannya, tidak akan pernah jadi milik kitea. ..
kerana memang ianya bukan untuk kitea..."

28 November 2011

jika aku RINDU__

credit to incik gOoGLe


jika aku rindu kau tak pernah tahu
kerana rindu ini telah kubawa kelangit
moga diturunkan hujan disaat kitea bertemu nanti
pada rindu yang tak bernama
aku pernah memanggilnyea
C.I.N.T.A

Terima kasih untuk hari-hari yg indah
yg takkan kulupea
sesungguhnyea kaulah dugaan dann anugerah
yg sering menghiasi "langit malamku"(mimpi)
tetaplah seperti itu 
sementara aku masih ade aku ingin ucapkan 
TERIMA KASIH CINTA.. .:))

27 November 2011

aku ingin menjadi supaya kau____


aku ingin menjadi detik
yg berjalan bersamaMu
yang berdetak dengan nadiMu
aku mahu menjadi detik
yg terus berlari dalam waktuMu
ak ingin menjadi angin malam
yg suaranya menemani malam-malamMu
ak ingin menjadi detik
yg tidak pernah mati menyintaiMu

aku ingin menjadi puisi disaat kau ad disampingku
namun kau tiada
utk menemani aku meneruskan coretan hati
utk kuciptakan puisi semua yg tak beerti bagiMu
kerana sebenarnyea KAUlah inspirasi.. .
kau tak pernah tahu dan ambil tahu hatiKu... . :(

25 November 2011

jika ini sebuah kisah

pena dan kertas by incik gOogLe

jika harus kusematkan sebuah nama
ap harus ku  namakan kisah ini??
aku kehabisan kata
segalanya tentangMU
hampir semuanya telah kutulis
lalu kuibratkan ap diriMU??
kaulah pena dan akulah kertasnyea
dan aku tahu kau tahu itu

dan kali ini aku menulis lagi
tulisan yang akan menjadi kenangan
diisi oleh sebuah nama
mungkin kata,mungkin juga tiada
kurakam untaian rindu tentang rasea sebuku hati
ku luahikan resaah hati  dlm serangkap puisi
ku himpum kenangan menghiasi alam cinta
kutulis bicra syahduMU disetiap sudut hati dan fikiranku
dalam lenggok.. .

ku pegang bayangMu ditabir sekeping potret bisu
kuintai jasadMu mendodoi mata rindu
lalu kutanam sepohon harapan dilaman hatiku
sepohon harapan tunggak sebuah cinta ku padaMu
kumengharap menjadi nyata mimpi kasih ini.. .

tidak mudah memang tidak mudah
utk memahami dunia yang sulit
tak mudah untuk melupakan
segala pedih yg tertoreh lalu
biar kukatakan ini
"ak memahami dan aku mngerti dan aku.......
MEMAAFKAN  meskipun menahan tangis dan berdoa
sehingga gerimis kekuatan kembali dalam diriku.. .

24 November 2011

c0retan hati 10 (nilainyea sebuah rindu padaku)

by incik gOogL:e

betapa bernilanyea harga sebuah rindu 
ketika mata harus mngalirkan air
dihati pintu hati rasa debar sering dtg mengetuk
ku sulamkan doa agar setiap saat dan waktu
sentiasa datang pada ku untuk aku terus mengingatmu
ku harap masih ada udara untuk ku hirup
agar sejauh mana kau hilang dan menyakiti aku
aku masih dapat bernafas dan terus "melihat" wajah dan senyum manis mu itu
walaupun hanya dibayang akal.. .
namun itu masih ku teruskan jalan yg penuh "liku" ini
bukn utk ku buktikan aku bukanlah wanita yg takut untuk jatuh cinta
namun hati ku masih setia menunggu mu 
aku masih begini dan seperti  dulu.. .
teruskan hari menikmati sepi,masih menyulam sunyi tanpa undanganMu.. .

23 November 2011

c0retan hati 9 (tika ini)



Tika dan wktu ini alam seakan mmbisu
Seakan tahu perih yg brsmbnyi di klbu
Tika dan waktu ini detik seakan mmburu
Brsama cengkaman rndu
Nmun kbisuan mmbelenggu
Tika dn wktu ini hati meratap tangis
Minta didakap erat namun xupaya menyergah
Tika dan waktu ini soalan dmi soalan menghujan 
apkah erti ksetiaan  dimanea ttik penyatuan
tika dan wktu ini apkah tidal g ungkapan kata
mmecah kbuntuan agr cinta mnemu sinarnya
tika dan waktu ini hanya takdir jadi taruhan
dua hasrat tergapai maksud agr bermula indhnya hari
tika dan waktu ini kupanjantkan pada ilahi
agar ketabahan mnjadi nadi untuk menempuh hari2 penuh msteri

20 November 2011

coretan hati 8 (andai memang kitea...)

Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam.. .
Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, 
biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang.. .
Ianya samalah seperti kehidupan kita... Adakalanye tenang
setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda.. .

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria..

Andai kita memang dijodohkan ..
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan ....
Namun andai memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya..

Ya Allah ,
Ajarkan aku mencintai dengan sederhana..
Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta..
Ajarkan aku untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu
Ya Allah, jagalah aku dari dosa dunia..
Jagalah dia dari dosa cinta..
Aku mencintainya kerana- Mu
Aku pun akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki..

11 November 2011

andaiitutakdirNya

bila waktu itu berhenti
seluruh hidupku akan terhenti
namun andai aku mula berhenti
waktu itu tidak menanti
ku mencari suatu erti
erti yang sukar ku fahami
ku mencari diri ini
yang semakin hilang dalam diri
siapa yang menyapa
siapa yang di sapa
kenapa dia ada dalam lena
namun pergi dalam jaga
perit hati menanggung
berat beban di pikul
dia ada dalam tiada
dia hilang dalam terang
sedang aku mencari
dia muncul ketika ku asa
memberi secebis cahaya
dalam indah cerita
namun kini kau pergi lagi
kau pergi jauh dri hati aku ini
tergamak kau 
membiarkan hati ini sepi dan menati kau.. .
disaat kau menyakiti aku
hanya disebabkan alam maya ini
aku seakan gilea kau tahu
aku gilea mengenankan kau!!
kau!! yang aku sayang 
salah sangat kah aku 
hanya keranan alam maya ini kau buang aku??
tahniah la atas kelakuan kau itu.. .
sejauh mana kau pergi 
dan cuba menyakiti aku
aku nak kau tahu
sekali perasaan aku untuk kau 
selamanya tetap kau 
yang memiliki sayang ku ini
akan aku simpan rasa ini.. .
setiap hari2 yang berlalu
walaupun kau menemui pengganti aku
aku nak kau tahu aku setia menuggu kau
insan terakhir yang aku sayang
xkan pernah wujud rasea kesal dan jemu
hanya untuk aku menuggu kasih kau
tak pernah sedalam ini rsea hati 
yang pernah ade dlam dri aku
semua ini terjdi bilea aku mengenali kau
kasih yang ade ini 
memang seiklas kasih aku terhadap keluargaku
namun segalanya akan aku terima
walaupun sepahit hempedu seandainya 
suatu hari detik dan saatnya
telah ternyata kau bukan untuk aku.. .
saat itu perlulah seluruh jasad aku menrima kenyataan 
yang kau hanya sebagai satu insan yang hanya singgah 
dalam hati aku untuk memberi sedikit sinar dihati 
walaupun hanya sekejap.. .






11/11/11~@at 11.11a.m harapan cik hunny untuk mr.TiGger



09 November 2011

coretan hati 7 (kisah hati dulu dan kini)

hati
menyimpan seribu satu rahsia
hati
menyimpan kisah satu jiwa
hati
terukir diatasnya nama seorang insan
insan yang sangat istimewa
insan yang membawa sejuta keindahan kepada pemiliknya
insan yang sangat indah kata-katanya
puisinya
nurkilannya

hati
pabila ia menyayangi
teramat sukar untuk ia membiarkan insan itu pergi
walau hanya dari kejauhan
ia rela menatap agar terubat rindu yang sarat
tatkala senja melabuhkan tirainya
hati mula mengukir rindu
pena dan aksara mula bersatu
mengukir sebuah kisah cinta baru
bukan mudah mengubati hati
lukanya parah berdarah
kerana insan itu milik insan lain
tapi apakan daya
kisah hati terus menjadi rahsia
menyimpan seribu satu kisah duka si pemiliknya
walau hati terlalu menyayangi
ia terpaksa merelakan
seorng insan itu pergi.. .

pasrah
walau hati bagai di tusuk sembilu
pedihnya tidak tidak tertanggung
kisah hati
mencatat pelbagai cerita cinta
cinta yang tidak kesampaian
cinta yang teguh namun terpaksa dibiarkan
itulah kisah hati .. .
hati ini yg sellalu menelan kepahitan daripada setiap pertemuan.. .


31 October 2011

coretan 6 (tika dan waktu ini)

Tika dan wktu ini alam seakan mmbisu
Seakan tahu perih yg brsmbnyi di klbu

Tika dan waktu ini detik seakan mmburu
Brsama cengkaman rinduNmun kbisuan mmbelenggu

Tika dn wktu ini hati meratap tangis
Minta didakap erat namun xupaya menyergah

Tika dan waktu ini soalan dmi soalan menghujan
apkah erti ksetiaan  dimanea ttik penyatuan

tika dan wktu ini apkah tidal g ungkapan kata
mmecah kbuntuan agr cinta mnemu sinarnya

tika dan waktu ini hanya takdir jadi taruhan
dua hasrat tergapai maksud agr bermula indhnya hari

tika dan waktu ini kupanjantkan pada ilahi
agar ketabahan mnjadi nadi untuk menempuh hari2 penuh msteri





27 October 2011

coretan 4 (aku melangkah)



Dunia seakan gelap
Matahari seakan terbit dari barat
Langkahku terasa berat
Menyusuri malam yang pekat

Aku melangkah dengan hati tersayat
Kerna cinta tak ku dapat
Aku melangkah dengan air mata 
Kerna sakit yang ku rasa

Cinta yang tak terukir tingginya
Sakit yang tak terukur dalamnya
Biar aku yang rasakan cinta ini
Biar aku yang rasakan sakit ini

Ku cuba telusuri malam gelap
Tuk temukan secercah harap
Dirimu yang telah sakitiku
Selamanya kan tetap begitu

~coretan hunny~

04 October 2011

Coretan 3( sesuatu kegagalan)

Sesuatu kegagalan itu mengajar kitea erti sebuah kejayaan
sesuatu kekecewaan itu jugea mengajar kitea erti sebuah kebahagian
usah mengeluh akan nasib yang mendtg
redhalah akan ia kerna dgn itu akan terpercik sesuatu sinar utk kitea
bagi meniti ranjau hidup yang memerlukan sebuah kejayaan dan kebahagian yg kekal abadi
... bersangka baiklah akanNYA...
usah mengeluh tp kuatknlah diri bagi memperolehi redhanya..
pasti akan berubah dri  kegagalan dan kekecewaan itu
dan senantiasa diri akan bersama kejayaan dan kebahagian...
yakinlah janji2 tuhanmu yg bernama Allah itu.. .

andaiitutakdirNya kitea  harus menerima ujianNya itu~~
yg tidak memungkiri janji2nya
dgn pertolongan dariNYA jua...

03 October 2011

Coretan 2 (jangan memberi)

Jangan memberi harapan padea yang belum pasti,
kelak adea insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan padea yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
...gantunglah setiap pengharapan pada Nya,
smogea diri tak sesekali dikhianati
kerana Dia mendengar pengharapan kitea setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya 
Cukup mencintai dalam diam dengan  keikhlasan
Kerana tiadea yang tahu rencana Nya
mungkin saja segalea rasa ini ujian yang akan membeku dengan perlahan
Kerana hati ini senang untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Nya yg Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semua hingga keindahan itu datang pada waktunya...


ameen~~

30 September 2011

Coretan 1 (membiarkan dan mungkin)

Membiarkan sesuatu tanpa bicara mungkin yang terbaik jika penjelasan itu langsung tidak di perlukan.. 
Mungkin masa yang akan memulihkan keadaan seperti sediakala.. 
Jika keadaan semakin keruh jika kita bicara , biarkan saja semuanya berlalu tanpa kata.. 
Biar saja kita diamkan dan bukan berdiam itu bermaksud kita bersalah atau mengalah.. 
Sebaliknya tanda kita memahami situasi dan mungkin itu cara terbaik untuk kita meredakan keadaan yang sedang hangat.. 
Mungkin dengan berdiam dan melupakan dapat membuatkan keadaan pulih sediakala.. 
Jangan khuatir jika kebenaran itu tidak dapat di perjelaskan kerana pasti suatu masa nanti akan terbongkar juga segalanya..
segale yg tercatat adalah coretan andaiItutakdirNya