promote sikit

Pages

c.o.n.s.u.l.t.a.n.t

25 March 2015

kalau tidak mampu


Kalau tidak mampu mencinta , 
jangan pernah sentuh hati seseorang..
Kalau tidak mampu setia , 
jangan pernah mengukir janji..
Kalau tidak mampu menggenggam hubungan ,
jangan pernah beri pengharapan..

Kerana hati manusia itu ,
Terlalu bernilai untuk disakiti ,
Terlalu mahal untuk disia-siakan ,
Dan terlalu berharga untuk dihancurkan.


KESAT air mata itu.. Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, 
Sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI.. 
Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu.. 
BERSABARLAH, berhenti menangis, BERHENTI berharap pada yang tidak pasti.. 
YAKIN dengan JANJI ALLAH.. 
Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik 
dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK.

04 April 2014

hati bercerita untuknya

tiada perasaan lain yang kumiliki wktu ini, 
kecuali perasaan cinta dan kasih ku pdamu
kecuali rasa rindu yang teramat dalam padamu,
bersama bayu aku mgharap ia membawa rinduku pdamu

gelak tawa antara kita menjdi aunan tika rindu itu dtg
kisah-kisah yang telah kita lewati saat-saat itu
sepertinya ingatan itu telah melekat,
dan bermain dalam fikiranku dan takkan pernah hilang

tiada gambaran dan lukisan lain di hatiku kecuali dirimu
hanya dirimu yang telah mengisi jiwa dan naluriku 
akal ku dibelenggu bayangmu kasih
kulihat mentari mnghrap byangmu muncul 
namun hnya bayngku sndri, 

semua hayalanku tertuju kepadamu 
dimana ia tak pernah padam dan tak pernah hilang
aku terus bermimpi agar dapat melihatmu berada didepanku
namun aku sedar ada jarak diantara kita,
namun dlm jarak itu msih ada kasih yg kuat
hingga au tdak mmpu melupakanmu


mencintaimu tanpa sedar paling mmbuatkan aku mengingatimu
hingga sekarang, jika kau pertanyakan lagi.
Aku mmg mencintaimu dengan sepenuh hati dan jiwa yang aku miliki saat ini

"SAYANG AKU AMAT MERINDUIMU"

cinta hati yg serig membuat aku takut,takut utk khilangan,

23 January 2014

pasang surut kehidupan



sbg manusia kita tidak terlepas dari dugaan dlm mencapai kebahagiaan..
dugaan dlm berkasih-sayang,dugaan dlm mencari haluan hidup,
dugaan dlm memperolehi harta yg halal dtg silih-berganti sbg pelengkap lakonan kita di atas muka bumi ini..
lakonan seorang manusia akn menjadi hipokrit seandainya hati dilitupi dgn
ego yg dikuasai syaitan dan diiringi dgn hati yg kotor..
perkara yg tidak diundang & tidak diduga yg acapkali berlaku dlm titian kehidupan..

benar,jodoh ketentuanNya..sayang & kasih jua ketentuanNya..hati tidak bersalah,
mata juga masih celik menerima sesuatu dengan positif..cuma kita kadangkala meragui keikhlasan di hati..
jika dia ditakdirkan utk kita buat selamanya,maka dia akan tetap bersama di saat sukar & senang..

dia akan berusaha berada di sisi kita walaupun ada tentangan yg menghalang..indahnya sebuah keikhlasan hati andai benar-benar wujud & bukannya mimpi,
indahnya taman cinta & indahnya warna-warni sebuah pertemuan & ketentuan jodoh...
kadangkala ada insan yg mampu mencintai & menyayangi diri kita, kita tidak sedar kerna dia tidak mampu meluahkan perasaan itu & takut kita terus menghilangkan diri dari pandangan.. .namun, kita akan sedar sayangnya yg ikhlas setelah diri dia secara perlahan-lahan meninggalkan kita & akhirnya hilang terus dr pandangan. ..di kala dia hilang, hanya doa & takdir yg dpt menyatukan semula pertemuan itu..andai peluang kedua diberikan, hargailah sebelum segala-galanya terlewat. ..

17 December 2013

kini dia yang aku temui

aku ingin menjadi detik
yg berjalan bersamaMu
yang berdetak dengan nadiMu
aku mahu menjadi detik
yg terus berlari dalam waktuMu
ak ingin menjadi angin malam
yg suaranya menemani malam-malamMu
ak ingin menjadi detik
yg tidak pernah mati menyintaiMu


dua insan yang kini aku sayang













muhd ariff












ku pegang bayangMu ditabir sekeping potret bisu
kuintai jasadMu mendodoi mata rindu
lalu kutanam sepohon harapan dilaman hatiku
sepohon harapan tunggak sebuah cinta ku padaMu
kumengharap menjadi nyata mimpi kasih ini.. .


22 October 2013

baksO~

Bahan-bahan:
½ kg daging cincang 
3 ulas bawang putih, dihiris
50 gram tepung sagu 
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur 

sediakan:
1 mangkuk besar air mendidih 
1 mangkuk air sejuk/air ais 

Cara penyediaan BAKSO:
Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan sendok sampai mesra dan tidak melekat. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.

Kuah Bakso:
Sediakan air rebusan daging. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.

Cara Sajian: 
Sediakan mangkuk berisi mi kuning atau bihun yang sudah direbus, tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng.



kredit to:resepi internet

30 July 2013

bulu mata menjadi saksi

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,
“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,
“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,
“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,
“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,
“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,
“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,
“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,
“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”


10 December 2012

CONVOCATION day!!!!

yeahhhh!!!!! i'm back.. . stelah skian lama cik hunny xmsok alam blog yg dah  nak xpired nih,, ,rndu pulak jari2 nak menari,, ,
cik hunny excited sangat nak share about my convocation day yg ke-77 for uitm,, ,
punye lah nerves time nak naik stage tu mcm2 cik hunny bayangkan jatuh trsungkur la and mcm2 lagi,, ,mak cik hunny ckap "kau mmg suka mcm2"..hahha anyway cik hunny bjaya jgak naik pntas tnpa jatuh ..hehhehe

ok skrg its a little bit picture from cik hunny






with akk2 angkat tercinta


with eisya yg mntelll





with my sepupu yg paling tua gitu,, ,










with my lovely mom yg susah nak pose

with ckin :))









my mom pun nak jgak konvo katanya :))


segale yg tercatat adalah coretan andaiItutakdirNya