promote sikit

Pages

selamat datang ke BlOg ~andai itu takdirNya~ tq k

c.o.n.s.u.l.t.a.n.t

27 May 2011

diet???




Cara diet yang betul memainkan peranan penting dalam usaha anda melangsingkan badan. Jika tersalah langkah, silap haribulan ia boleh memudaratkan kesihatan. Daripada nak kuruskan badan, lain pula jadinya.


Oleh itu, anda ikutilah beberapa panduan diet yang betul di bawah;



1. Ambil Protein yang Cukup



~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.


~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.




2. Elak Perut daripada Lapar



~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.


~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.




3. Usah abaikan Lemak



~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.


~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.


~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.


~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.


~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.


~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.


~ Dengan cara ini, anda tetap berdaya melawan penyakit walaupun berdiet.


Selamat Berdiet!

No comments:

Post a Comment

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry cik hUnny ! Like Kalau Suka n komen lah kalau ade yang nak katea ! ♥

segale yg tercatat adalah coretan andaiItutakdirNya